Tarikh : 19 April 2023
Masa : 9:00 pagi -12:00 tengahari
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Pekan Kapit
Peserta : 10 orang
Tujuan 
  • Untuk meningkatkan taraf kebersihan dan kepekaan usahawan makanan dan minuman untuk mengendali dan menyediakan makanan halal dengan mematuhi S.O.P yang ditetapkan di Malaysia.
   
Aktiviti 

Pengenalan kepada pendaftaran, pensijilan, undang-undang dan akta yang berkaitan dengan industri makanan dan minuman halal.

Mendalami topik kebersihan, penjagaan dan penyediaan makanan, tempat dan sekitar kepada permohonan yang diiktiraf dan diluluskan untuk mendapat sijil halal.

Penerangan dan pendedahan kepada logo Halal yang asli dan contoh-contoh sijil dan logo Halal palsu.

Pendedahan dan penerangan syarat-syarat berkaitan dengan permohonan sijil Halal dari majikan atau pekerja yang bukan Muslim.

Pendedahan kepada agensi dan organisasi yang sah dan terlibat dalam pengiktirafan dan meluluskan pensijilan Halal.