Tarikh : 10-25 Ogos 2024
Masa : 2:30 petang - 4:30 petang
Lokasi : NADI Sg Melekun
Tujuan 
  • Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah bahawa e-sukan mempunyai bidang yang tinggi dan luas untuk berkembang. E-sukan juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti sekitar bahawa permainan ini adalah salah satu aktiviti digital yang sihat untuk diceburi.
   
Aktiviti 
  • Permainan E-sukan Mobile Legend Bang Bang ini melibatkan 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain dan 1 simpanan. Kesemua 5 kumpulan ini akan bertanding secara dalam talian menggunakan telefon pintar masing-masing. Kumpulan yang menang akan automatik dipilih sebagai wakil NADI untuk pertandingan pada peringkat yang seterusnya.
Tarikh : 17 Ogos 2024
Masa : 9:00 pagi - 11:00 pagi
Lokasi : NADI Sg Melekun
Tujuan 
  • Bertujuan untuk memperkenalkan sejarah negara kepada anak-anak seawal usia. Melalui aktiviti ini, mereka belajar mengenali bendera Malaysia dan merasai semangat kemerdekaan.
   
Aktiviti 
  • Peserta diminta untuk mewarna lukisan yang telah disediakan oleh pihak NADI dengan pensel warna mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai, pihak NADI akan menilai dan memilih lukisan yang terbaik dan memberikan hadiah kepada pemenang.
Tarikh : 9 Ogos 2024
Masa : 10:00 pagi - 11:30 pagi
Lokasi : NADI Sg Melekun
Tujuan 
  • Untuk meningkatkan produktiviti komuniti dan memberi tunjuk ajar penggunaan AI seperti GAMMA dalam urusan harian terutama dalam menghasilkan profil syarikat perniagaan dan pelajaran mereka.
   
Aktiviti 
  • Peserta diberikan tunjuk ajar secara langsung cara menggunakan Gamma untuk mereka memahami penggunaan & fungsi Gamma. Peserta diminta untuk daftar masuk ke akaun Gamma menggunakan email masing-masing. Seterusnya, peserta boleh membuat slaid profil syarikat dengan lebih mudah dan kreatif.
Tarikh : 16 Ogos 2024
Masa : 9:00 pagi - 12:00 tengahari
Lokasi :  NADI Sg Melekun
Tujuan 

Untuk meningkatkan kesedaran komuniti terutamanya golongan pelajar sekolah yang sangat mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti vandalisme.

Tarikh : 22 Jun 2024
Masa : 9:30 pagi - 12:30 tengah hari
Lokasi : Rumah Bilong, Sungai Engkatit, Yong

 

Tujuan 
Memperkasakan program bersama masyarakat setempat bagi memastikan pemasaran & penyebaran maklumat yang bermanfaat, isu semasa dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan serta jelas kepada komuniti sekitar sempena dengan National Training Week.
   
Aktiviti 
Penduduk rumah panjang didedahkan dengan isu-isu semasa dan inisiatif yang bakal diberikan oleh kerajaan. Komuniti turut didedahkan berkaitan dengan peranan NADI, HRD Corp. dan Jabatan Penerangan Malaysia, cawangan Kapit, Sarawak.

GAMBAR PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DI RUMAH BILONG, SUNGAI ENGKATIT, YONG