Tarikh : 02 Julai 2024
Masa : 9:00 pagi - 2:00 petang
Lokasi : Rumah Manok Manchal Sungai Yong
Tujuan 
Memperkasakan program turun padang dan sesi libat urus bersama masyarakat setempat bagi memastikan pemasaran maklumat, isu semasa dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan kepada segenap lapisan masyarakat daerah ini.
   
Aktiviti 
Penduduk rumah panjang didedahkan dengan isu-isu semasa dan inisiatif yang bakal diberikan oleh kerajaan. Mereka juga diberitahu tentang peranan NADI, Giatmara dan sedikit ceramah dari Jabatan Penerangan Malaysia, cawangan Kapit, Sarawak.
Tarikh : 24 Februari 2024
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Melekun
Tujuan 
  • Untuk meningkatkan produktiviti komuniti dan memberi tunjuk ajar penggunaan Canva dalam urusan harian terutama dalam peningkatan perniagaan mereka.
   
Aktiviti 
  • Peserta diberikan tunjuk ajar secara langsung cara menggunakan Canva untuk mereka memahami penggunaan & fungsi Canva. Peserta diminta untuk memuat turun aplikasi Canva di telefon pintar masing-masing untuk memudahkan pendaftaran akaun. Peserta diminta mereka logo masing-masing.
Tarikh : 5 - 31 Januari 2024
Masa : 9:00 pagi - 4:00 petang
Lokasi :  PEDi Sg Melekun
Tujuan 
  • Pendaftaran & Pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU)
   
Aktiviti 
Pembukaan kaunter PADU oleh Pejabat Perangkaan Bahagian Kapit padasetiap Isnin - Jumaat khas untuk komuniti PEDi Sg Melekun untukmengalakkan pendaftaran & pengemaskinian data dari komuniti sekitar supayatiada penduduk yang tercicir bantuan dari kerajaan.
Tarikh : 10 Januari 2024
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi :  Facebook PEDi Sg Melekun
Tujuan 
  • Untuk meningkatkan kesedaran komuniti supaya tidak mudah percaya terhadap sesuatu iklan jualan/modus operandi media sosial untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa scammer.
   
Aktiviti 
Memuatnaik infografik berkaitan dengan modus operandi jenayah e-dagang.
Tarikh : 27 Januari 2024
Masa : 2:00 - 5:00 petang
Lokasi :  PEDi Sg Melekun
Tujuan 
  • Temuduga komuniti untuk mendapatkan geran digital.
   
Aktiviti 
Temuduga geran digital dijalankan secara atas talian oleh individu yang layak
& terpilih.