Kawasan Sungai Melekun terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Kapit. Di kawasan Sungai Melekun ada terdapat beberapa buah Rumah Panjang dan Perkampung seperti Rumah Panjang Edison Bugap yang terdapat lebih kurang 40 buah pintu serta perkampungan iaitu Kampung Sawang. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 12 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.