SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Sungai Melekun menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah ;
 
  • Pengenalan Asas Komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop Publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Sungai Melekun telah membuka keahlian kepada orang ramai pada Disember 2018 dan mula aktif beroperasi jatuh pada 20 Disember 2018. Ramai telah mendaftar dengan NADI Sungai Melekun bagi mendapat perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah ;
 

 Jumlah Ahli Berdaftar 2018

12

Jumlah Ahli Berdaftar 2019

124 

Jumlah Ahli Berdaftar 2020

31 

Jumlah Ahli Berdaftar 2021

18

Jumlah Ahli Berdaftar 2022

55

Jumlah Ahli Berdaftar 2023

60

Ahli Berdaftar sehingga Ogos 2024

43

Keseluruhan Ahli Berdaftar 

343 Orang

 
 KENALI PETUGAS NADI:

 

 
PENGURUS
 shirly
 
Nama : Shirly anak Asap
Tarikh Berkhidmat : 18 September 2018
 
 
 

PENOLONG PENGURUS
 
WhatsApp Image 2024-09-01 at 4.07.05 PM  
 
Nama : Limu anak Masam
Tarikh Berkhidmat : 1 Disember 2023