Pau Buntong, Kapit

pau-1

 

Pau Buntong merupakan salah satu makanan yang paling popular di Kapit Sarawak. Pau ini dijual oleh pemilik kedai Ung Tong Bakery, Kapit sejak tahun 2000 dahulu. Pau ini mempunyai pelbagai jenis perisa @ inti iaitu ada Mexican Bun, Polo Me Bun, Kaya Bun, Butter Bun, Peaunt Bun, Hotdog Bun dan Coconut Bun. Kini, pemilik kedai Pau Buntong menambah lagi perisa @ inti pau dengan inti barunya iaitu Chicken Bun, Garlic Bun, Green Bean Bun, Korean Bun & Cupcake. Pau Buntong ini amat popular dikalangan penduduk Kapit, bahkan orang luar juga sangat menyukai Pau tersebut.

Buah-buahan Tempatan yang Terdapat Di Kapit, Sarawak

IMG 6411-small

Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum yang rupakan asli dari di Borneo iaitu di Sarawak, Sabah dan Brunei. Di Sarawak ianya dikenali sebagai Dabai. Manakala pula, di Sabah dan Brunei ianya dikenali sebagai Kembayau. Pokok ini tumbuh sehingga ketinggian dalam 40 hingga 50 meter. Buah ini juga sangat terkenal dalam kalangan orang di Borneo. Ia juga berbuah mengikut musim buah di kawasan Borneo. 

Kulit luar buahnya berwarna hitam licau sementara isinya kuning dan mempunyai biji yang panjang. Buahnya keras dan tidak dapat dimakan apabila masak dan perlu direndam dalam air panas sebelum dimakan. Rasanya seperti buah avokado dan biasanya diperasakan dengan garam atau kicap soya.

Memandangkan ianya berada dalam genus yang sama dengan kacang Pili (Canarium ovatum) bijinya juga boleh dimakan, dan serupa dengan badam atau pistasio.

 

ROTI CANAI GORENG KAPIT

Nama Kedai : Gelanggang Kenyalang (GK)
Waktu Operasi

: 8.00am - 11.00am

FB

RotiCanaiGoreng

 


1MA Roti-Canai-Goreng-Kapit-1024x682

Roti canai goreng merupakan salah satu makanan pilihan kegemaran komuniti di bahagian Kapit. Roti canai goreng Kapit sangat popular di sekitar Sarawak kerana hanya terdapat di bahagian Kapit sahaja. Selain menjadi pilihan penduduk tempatan, pelancong luar juga sangat berminat untuk mencuba makanan tersebut. Roti canai goreng ini boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat kerana telah dijamin Halal oleh pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan para pelancong yang berminat ingin mencuba roti canai goreng Kapit, makanan tersebut hanya boleh didapati di pusat makanan Kapit yang dikenali sebagai Gelanggang Kenyalang atau lebih terkenal dengan gelaran (GK).

 

                                       IKAN PANSUH                                

1 2

 

AYAM PANSUH

2 2

 

 KETAM SUNGAI

3 2