ROTI CANAI GORENG KAPIT
Nama Kedai | : Gelanggang Kenyalang (GK) |
Waktu Operasi |
: 8.00am - 11.00am |
FB |
Roti canai goreng merupakan salah satu makanan pilihan kegemaran komuniti di bahagian Kapit. Roti canai goreng Kapit sangat popular di sekitar Sarawak kerana hanya terdapat di bahagian Kapit sahaja. Selain menjadi pilihan penduduk tempatan, pelancong luar juga sangat berminat untuk mencuba makanan tersebut. Roti canai goreng ini boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat kerana telah dijamin Halal oleh pihak berkuasa.
Untuk pengetahuan para pelancong yang berminat ingin mencuba roti canai goreng Kapit, makanan tersebut hanya boleh didapati di pusat makanan Kapit yang dikenali sebagai Gelanggang Kenyalang atau lebih terkenal dengan gelaran (GK).