Buah-buahan Tempatan yang Terdapat Di Kapit, Sarawak
Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum yang rupakan asli dari di Borneo iaitu di Sarawak, Sabah dan Brunei. Di Sarawak ianya dikenali sebagai Dabai. Manakala pula, di Sabah dan Brunei ianya dikenali sebagai Kembayau. Pokok ini tumbuh sehingga ketinggian dalam 40 hingga 50 meter. Buah ini juga sangat terkenal dalam kalangan orang di Borneo. Ia juga berbuah mengikut musim buah di kawasan Borneo.
Kulit luar buahnya berwarna hitam licau sementara isinya kuning dan mempunyai biji yang panjang. Buahnya keras dan tidak dapat dimakan apabila masak dan perlu direndam dalam air panas sebelum dimakan. Rasanya seperti buah avokado dan biasanya diperasakan dengan garam atau kicap soya.
Memandangkan ianya berada dalam genus yang sama dengan kacang Pili (Canarium ovatum) bijinya juga boleh dimakan, dan serupa dengan badam atau pistasio.