Tujuan 

Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan slaid pembentangan yang menarik,tepat dan ringkas.

   
Aktiviti 
  • Beberapa orang pelajar dari sekolah yang berdekatan dengan NADI telah menyertai aktiviti membuat slaid pembentangan. Mereka belajar untuk menghasilkan slaid yang dapat menarik perhatian penonton disamping isi pembentangan yang ringkas tetapi mempunyai maklumat yang tepat dan padat.

 

Tujuan 

Meningkatkan produktiviti komuniti terutamanya surirumah dalam urusan harian dengan menggunakan Microsoft Office.

   
Aktiviti 
  • Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sekitar NADI. Peserta dilatih membuat resume dan surat untuk membiasakan jari mereka menaip dengan pantas. Peserta juga diminta menggunakan semua fungsi yang terdapat di Toolbar.
Tujuan 

Pembukaan kelas mencipta resume menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini bertujuan untuk memantapkan lagi resume yang sedia ada supaya menjadi lebih menarik dan padat.

   
Aktiviti 
  • Beberapa orang komuniti sekitar NADI telah mendaftar untuk menyertai kelas resume yang diadakan. Majoriti daripada mereka merupakan pencari pekerjaan dan ingin memperbaiki resume yang sedia ada supaya menjadi lebih menarik. Mereka menggunakan Canva untuk membuat resume tersebut.
Tujuan 

Untuk meningkatkan kesedaran komuniti supaya tidak mudah percaya akan akaun media digital, pautan yang dikongsi dan panggilan yang tidak dikenali.

   
Aktiviti 
  • Beberapa orang komuniti sekitar NADI telah menghadiri kempen klik dengan bijak yang diadakan. Mereka didedahkan beberapa video yang berkaitan dengan scammer dan menjawab soalan kuiz yang disediakan.
Tujuan 
  • Bertujuan untuk meningkatkan produktiviti komuniti terutamanya surirumah dan golongan pelajar lepasan Tingkatan 5 dalam penggunaan ICT untuk urusan harian mereka.
   
Aktiviti 
  • Penyertaan kelas ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan produktiviti mereka seiring dengan zaman teknologi digital. Peserta diperkenalkan kepada asas perkakasan komputer seperti tetikus,papan kekunci dan sebagainya. Mereka turut diberi pendedahan tentang Microsoft Office dan seterusnya diajar cara menaip menggunakan papan kekunci dengan betul dan cepat.