USAHAWAN KRAFTANGAN MANIK

Nama : SUA ANAK DEGUM
Umur : 43 TAHUN
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Sua merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau aktif dalam pengusahaan kraftangan manik ini bermula daripada tahun 2016 sehingga kini.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

 Beliau merasakan sukar untuk mempromosikan produk dan pendapatan juga tidak begitu mengalakkan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas bimbingan oleh Pusat Internet Sungai Melekun, beliau kini yang dapat mempromosikan produk beliau dengan meluas dan hasil juala juga meningkat. Selain itu, beliau juga selalu mendapat tempahan dari pelanggan beliau yang merupakan penduduk dari sekitar kawasan Kapit.

 

 

CELIK IT

Nama : SANGGONG ANAK JUBANG
Umur : 22 TAHUN
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Sanggong anak Jubang merupakan pelajar lepasan tingkatan 6 (STPM) dan  merupakan ahli PI yang aktif untuk menyertai kelas,latihan dan aktiviti yang diadakan di PI.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

 Sanggong anak Jubang kurang pendedahan tentang penggunaan ICT dan penggunaan komputer dengan cara yang betul.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas mengikuti kelas Klik Dengan Bijak dan Latihan Microsoft Office, Sanggong anak Jubang mendapat kesedaran dalam  penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, Sanggong juga dapat mengisi jawatan kosong secara atas talian dari beberapa platform kerajaan yang dipercayai dengan bantuan dari petugas PI.

 

.

 

USAHAWAN KUIH MUIH

Nama : NAJA ANAK KEDAL
Umur : 32 TAHUN
Ahli : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Naja merupakan usahawan kuih muih yang aktif sejak tahun 2015 di kawasan Melekun.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Pada awal pembabitannya, Puan Naja berniaga kuih muih dari rumah ke rumah. Ketika itu, jualan kuih muih beliau kurang memberangsangkan kerana kurang pendedahan dari segi promosi, pengiklanan dan pemasaran.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Kini, jualan kuih muih beliau lebih mendapat sambutan dari penduduk sekitar Melekun dan Kapit. Hasil jualan beliau juga turut meningkat kerana lebih pendedahan dalam mempromosikan produk kuih muih beliau.