Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Pekan Kapit yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Kubu Sylvia Kapit

Fort-Slyvia

Untuk menghalang perpindahan lanjut orang Iban ke hilir lembah Sungai Rajang, yang telah menimbulkan pertelingkahan dengan Orang Ulu, Raja Charles Brooke membina Kubu Baleh di Nanga Balleh, perjumpaan sungai Rejang dan Baleh antara Kanowit dan Song pada akhir 1874. Raja Charles Brooke hampir lemas di sini pada tahun 1877 apabila botnya terbalik dalam arus deras. Dia meninggalkan kubu ini pada tahun 1878, dan menggantikannya dengan kubu baru yang terletak lebih di hilir sungai pada tahun 1880. Kubu Kapit yang baru dibina sepenuhnya daripada balak pokok ‘belian’ dengan dinding yang tebal bagi menahan serangan.

Pada 16 November 1924, satu upacara keamanan antara orang Iban, Kayan, Kenyah dan Kajang diadakan di sini dengan kehadiran Raja Charles Brooke. Pada tahun 1925, Kubu Kapit dinamakan semula sebagai Kubu Sylvia sempena Rani Sylvia Brooke(Maharani). Ketika 1960-an, kubu ini menempatkan Pegawai Daerah dan Bangunan Mahkamah Daerah, dan kemudiannya Pejabat Residen selepas pembentukan Bahagian Kapit pada tahun 1973.

Pada May 1997, kubu ini diistiharkan sebagai tapak sejarah dan kini dikendalikan oleh Yayasan Tun Jugah sebagai sebuah muzium. Ia memaparkan himpunan seni etnik dan kerja tangan dan dokumen berkait dengan sejarah Kapit, tembikar warisan, meriam gangsa, plak tembaga dan gambar pemimpin masyarakat lalu.


(Sumber : Majlis Daerah Kapit, laman web Kapit, Sarawak dan Penduduk Tempatan)