bukit-mabong-2

Bukit Mabong, Sungai Tunoh, Kapit Sarawak.

Imej bukit yang merupai bentuk gajah dalam foto ini dinamakan sebagai Bukit Mabong. Bukit ini terletak di sebuah perkampungan terpencil di pedalaman Kapit, Sarawak iaitu perkampungan Sungai Tunoh. Dari jarak jauh, bentuk bukit ini akan kelihatan seperti dua ekor gajah yang sedang baring dan saling membelakang antara satu sama lain. Keunikan yang ada pada Bukit Mabong ini pastinya akan menawarkan pemandangan alam yang cukup memukau bagi setiap pengunjung yang datang ke perkampungan ini. Selain itu, pengunjung yang datang ke perkampungan ini turut berpeluang menikmati keindahan alam yang masih terpelihara dengan baik tanpa pencemaran. Dari pekan Kapit, pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan van ke Mujong yang memakan masa selama 45 minit. Kemudian, pengunjung perlu menggunakan khidmat perahu bagi menyeberangi Sg. Balleh. Dari Sg Balleh, pengunjung akan meneruskan perjalanan dengan menaiki pacuan empat roda (4x4) serta mengharungi perjalanan selama 3 jam sebelum tiba di kampung Sungai Tunoh, Kapit, Sarawak. Disebabkan kawasan ini belum mempunyai kemudahan penginapan, sekiranya anda merancang untuk bermalam disitu, adalah lebih baik membuat perancangan awal berbincang dengan penduduk rumah panjang untuk menentukan penginapan disana nanti.