500 F 301123497 t0Zn4CBbE72bBTiNDIJjQIwxTkBD4qfn

Bahagian Kapit (dahulunya dikenali juga sebagai bahagian Ketujuh) meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian Sibu. Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Belaga, Song dan Bukit Mabong. Keempat-empat daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98,841 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56,709 orang.

Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum Iban, Orang Ulu (Kenyah, Kayan & Penan) diikuti kaum Cina & Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai, durian dan roti canai goreng. Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres dan jalan darat dari Bandar Sibu. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song & Belaga. 

 

Kapit skyline